Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Izreen Azminda Idam Watak OKU & Gila

Syafiqah Jalal 16/01/2020 | 12:49 MYT
Pelakon Izreen Azminda akui dia sudah memegang pelbagai watak sepanjang 12 tahun menceburi bidang lakonan.
Namun sebagai pelakon, Izreen berkata kepada HLive dia masih belum mendapat kepuasan selagi belum mencuba watak lain seperti seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) atau seseorang yang mengalami masalah mental.
“Selama 12 tahun ini saya akui saya sudah diberikan pelbagai watak untuk saya galas.
“Namun saya teringin hendak membawakan watak seorang yang cacat atau gila yang pasti jauh berbeza dari watak yang biasa saya bawakan,” katanya.
Mengenai perkembangan lain, Izreen memberitahu dia kini sedang menjalani sebuah drama 12 episod.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#pelakon #Izreen Azminda #Pelakon #Watak
;