Pelakon Izreen Azminda mengakui sudah memaafkan semua pihak yang sering menghina dirinya di media sosial.
Menurut Izreen, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku sebaliknya mengambil pendekatan untuk memaafkan orang ramai.
“Bersempena dengan bulan Ramadan ini, saya sudah memaafkan semua orang yang mengkritik, menghina dan mengecam saya dengan kata-kata negatif.
"Selepas ini saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu ini lagi kerana semua yang berlaku itu mungkin ada hikmah.
"Ibu selalu pesan pada saya supaya sentiasa maafkan orang walaupun diri tengah marah kerana itu adalah ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar.
"Selepas ini saya berharap agar orang ramai dapat memberi ruang untuk saya menjalani kehidupan seperti biasa dengan suami dan anak-anak," katanya kepada Astro Gempak.
Izreen berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan duta produk Magika, di Ara Event Hall, Taman Melawati, pada Selasa.
Izreen sah bergelar isteri Ude pada 8 Ogos 2017 dalam satu majljs perkahwinan tertutup di Damansara.
Sebelum ini, Ude yang mempunyai dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri, 1, pernah berkahwin dengan Intan Liana Saleh pada tahun 2013 tetapi berpisah pada 22 Mac lalu.
Izreen pula mempunyai seorang anak, Muhammad Adrian Umar, 4, dan pernah bernikah dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 2012. Mereka bercerai pada Jun 2014.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi