Hiburan
Izreen Azminda & Ude Wahid Mengaku Ke Mahkamah Syariah Untuk ...
Pelakon Izreen Azminda mengakui dia bersama suami, Ude Wahid berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.
Menjelaskan spekulasi rumah tangganya, kata Izreen perkahwinan mereka masih utuh.
"Landa badai apa? Saya pergi uruskan denda yang dah bertahun baru mahkamah panggil semalam.
"Elok je sister (saya) kat rumah dengan suami ni," jelasnya menerusi entri di Instagram.
Izreen tampil mengulas mengenai laporan sebuah portal hiburan tentang desas-desus kononnya rumah tangga mereka dilanda badai susulan keberadaan mereka di mahkamah syariah.
Izreen dan Ude berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia.
Ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana Salleh.
Bagaimanapun, pada Mac 2018 Ude menceraikan Intan.
Must-Watch Video