gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Izzue Islam Akui Tiada Masa Bercuti Penyebab Belum Dikurniakan Anak

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
03/07/2017
06:35 MYT
Sponsor Banner
Izzue Islam Akui Tiada Masa Bercuti Penyebab Belum Dikurniakan Anak
Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam akui tiada masa berehat dan bercuti bersama isteri, Awin penyebab dia masih belum dikurniakan zuriat.
Izzue berkata, dia banyak menerima nasihat supaya berehat daripada kerja untuk memudahkan mereka menimang cahaya mata.
"Saya akui sejak saya berkahwin, saya belum ada masa untuk berehat daripada kerja apatah lagi untuk bercuti.
"Jadual kerja saya memang penuh dan saya hanya dapat bercuti jika ada produksi yang menunda atau membatalkan temu janji penggambaran atau sebagainya.
"Ramai yang menasihati saya supaya mengambil masa untuk bercuti dan berehat bersama isteri kerana ia salah satu cara memudahkan kami untuk menimang cahaya mata.
"Bukan tak mahu bercuti, cuma saya dan isteri memang suka bekerja dan tidak sampai hati untuk menolak tawaran kerja yang diterima kerana pada saya, selagi orang mahukan kita, selagi itulah saya tak mahu tolak rezeki," katanya kepada Astro Gempak.
Izzue terhadahulu ada menyuarakan hasratnya untuk menimang cahaya mata selepas empat tahun mendirikan rumahtangga bersama isteri.
Pun begitu, Izzue memberitahu dia tidak pernah berputus asa untuk berusaha menimang cahaya mata, malah dia merancang untuk berjumpa dengan pakar bagi menyelesaikan masalah tersebut.
"Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti.
"Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami," katanya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru, Izzue baru muncul dengan single solo terbaharunya berjudul Sahabat.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#pelakon
#Penyanyi
#Izzue Islam
#Pelakon
#Penyanyi
#Cahaya Mata
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement