Pelakon lagenda, Jackie Chan menangis sebaik saja dipertemukan dengan kumpulan lagak ngerinya selepas 40 tahun.
Difahamkan Jackie Chan dijemput sebagai tetamu khas untuk segmen tribute bersama aktor terkenal itu menerusi satu program televisyen.
Bagaimanapun, Jackie tidak mengetahui mengenai kejutan yang diberikan oleh kru produksi program berkenaan yang membawa kesemua anggota JC Stunt Team ke pentas sebagai hadiah istimewa kepadanya.
Ketika Jackie sedang asyik menonton satu tayangan video mengenai kumpulan tersebut, pengacara kemudian bertanya sama ada pelakon itu merindui ahli-ahli lagak ngeri itu.
“Sudah 40 tahun kami bersama dan tidak bertemu dalam jangka masa yang sangat lama.
“Selama 40 tahun juga kami kekal bersama tidak kira susah atau pun senang, kecederaan yang kami alami memang banyak, tulang retak, terseliuh dan kadang-kadang terpaksa bergegas ke hospital pada jam 5 atau 6 pagi.
“Itu semua berlaku dibelakang tabir dan tidak ada siapa yang nampak kepayahan kami. Sehinggalah saya menerima anugerah Oscar baru-baru ini, kemenangan itu adalah milik bersama.
“Hingga tiba hari ini, JC Stunt team berjaya membina nama atas usaha keras kami semua. Team kami sudah pun berkembang sehingga ke generasi ketujuh.
“Seperti yang anda lihat kami sudah semakin berusia….,” katanya sambil menoleh kebelakang.
Belum sempat dia menghabiskan ucapannya, Jackie kemudiannya menoleh kebelakang sekali lagi dengan wajah terkejut dan menangis.
Jackie kemudiannya terus memeluk mereka manakala penonton yang berada di studio terus bangun memberikan tepukan dan turut berasa sebak menyaksikan momen tersebut.
Sehingga kini video itu telah mendapat lebih tujuh juta tontonan.
Di sini Astro Gempak kongsikan video untuk tontonan pembaca:
Mya Amri
Sun Feb 05 2017


Suami Fatin Afeefa Berani Sindir Adam Shahz Secara Berdepan - “Takkan Nak Takut dengan Lelaki Ini?”
Berani ek!

“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia…” - Anak Saudara Zalina Zaini Luah Rasa Kesal
Isu makin besar

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”
Tahniah!
.png?ext=.png)
Lepas Tanya Mana Syamsul Yusof Ketika Puteri Sarah Pergi Umrah, Netizen Syak Ira Kazar Ajak Main Bakar Marshmellow?
Netizen Siasat Ira Kazar Ajak Syamsul Main Bakar Marshmellow?

“Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!
Setuju!

Netizen Puji Neelofa Bertutur Bahasa Melayu Dengan Anak; “Rileks Je, Walaupun Tahu Dia Speaking Macam…”
Comel Bilal

"Saya Nak Tenang, Tak Obses Populariti Atau Glamor Lagi" - Hafiz Hamidun Mahu Lebih Masa Bersama Anak
Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul Inni Tawakkaltu.

Konsert Hanya Satu Malam, Peminat Boleh Pilih Lagu Didendangkan Pada Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kurang satu bulan sebelum menjadi kenyataan di Malaysia.
![[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…” [VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-14_8.png?ext=.png)
[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”
Simple je kan!

“Helok! Bergegar Ov**i…” - Anzalna Nasir Melting Tengok Ketampanan Suami Sendiri
Wow Anzalna