Hiburan

Jaclyn Victor Jumpa Pengganti

gempak
Zulaikha Yusof
07/07/2020
04:46 MYT
Sponsor Banner
Jaclyn Victor Jumpa Pengganti
Penyanyi Jaclyn Victor akui sedang berada dalam fasa mengenali hati budi seseorang selepas bercerai dengan anggota kumpulan Az Yet, Shawn Rivera.
Menurut Jaclyn atau lebih mesra dipanggil Jac, proses perkenalan dengan lelaki berstatus duda itu tidak memakan masa yang lama.
"Saya sangat gembira apabila telah bertemu dengan seseorang. Dia bukan dari kalangan orang seni. Lelaki ini tak kenal siapa diri saya.
"Tidak terlalu lama proses perkenalan kami. Kadang-kadang kita tak perlukan masa yang lama sebab dah selesa.
"Saya dah 42 tahun, tak ada masa untuk main-main lagi. Jadi bila saya bertemu dengan seseorang saya akan serius dan dia pun sama.
"Bila dah sampai masa, saya akan kongsikan kepada umum," katanya kepada Gempak.
Jaclyn ditemui ketika majlis perasmian B.A.T.S Restaurant and Lounge miliknya yang terletak di Bangsar, semalam.
Tambah pelantun lagu Gemilang itu, individu terbabit sangat mengambil berat dengan dua orang anaknya.
"Hubungan anak-anak dengan dia sangat rapat. Mereka panggil dia papa.
"Saya bersyukur apabila ditemukan dengan seorang insan yang sangat baik. Dia sangat menjaga anak-anak saya.
"Ini bukan pasal saya tetapi anak-anak. Macam mana dia sibuk pun, setiap hari dia akan luangkan masa.
"Anak saya boleh bercakap, membaca dan melukis salah satunya disebabkan dia," katanya lagi.
Pada Januari lalu, Shawn menerusi Facebook mendedahkan perkahwinannya dengan Jac sudah berakhir selepas lima tahun berkahwin.
BACA: “Apa Pun Terjadi Kami Akan Sentiasa Menyayangi & Membahagiakan Jonah dan Molly!” – Suami Jaclyn Victor Umum Sudah Bercerai
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live