Berita
"Jadi Badan Beruniform Rambut Kau Macam Nak Pergi Clubbing" - Idzham Ismail Sindir Pelakon Mana Tu?
Pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa tidak senangnya dengan kehadiran seseorang dalam industri hiburan tempatan.
Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 31, berkongsi hal tersebut menerusi satu status berbentuk sindiran yang dimuat naik di Twitter semalam.
"Orang nak jadi pelakon kau pun nak jadi pelakon, tapi kau tak tahu apa itu pelakon.
"Dapat watak tak kaji, jadi badan beruniform rambut kau macam nak pergi clubbing," tulisnya.
Katanya lagi, dunia lakonan bukanlah satu bidang untuk meraih populariti semata-mata.Orang nak jadi pelakon kau pon nak jadi pelakon, tapi kau tak tahu apa itu pelakon, dapat watak tak kaji, jadi badan beruniform rambut kau macam nak pergi clubbing. Memang lah rezeki tapi kalau kau rasa ini bukan passion kau, sila pergi dan beri ruang pada pelakon.— IDZHAM ISMAIL (@Idzham_Ismail) November 14, 2019
Justeru, katanya, setiap tawaran yang datang seharusnya biarlah seiring dengan minat dan kecintaan sebenar terhadap dunia seni lakonan.
"Memang lah rezeki (dapat tawaran berlakon) tapi kalau kau rasa ini bukan passion kau, sila pergi dan beri ruang pada pelakon.
"Nak popular sila kahwin dengan orang popular atau buat benda boleh viralkan diri kau daripada menyemak dekat industri yang pelakon lain penat nak betulkan jalan,"
Biarpun tidak mengetahui individu yang cuba dimaksudkan, namun, status itu kemudian mendapat pelbagai respons.
Ada yang mencadangkan agar pihak produksi perlu lebih mengambil berat terhadap hal sebegini.
Idzham mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak 2009. Namanya mula dikenali selepas membintangi drama Juvana dengan memegang watak sebagai Panjang.
Must-Watch Video