Penyanyi Shiha Zikir mendapat komen positif netizen menerusi lakonannya dalam Hantu Bonceng 2.0.

Memegang watak sebagai Ayu, kredibiliti Shiha membawa watak yang memiliki aura misteri dilabelkan sebagai berjaya.

Menerusi komen-komen yang diberikan netizen, rata-ratanya sangat berpuas hati dengan Shiha yang dilihat tidak kekok dan mampu menyampaikan karakter Ayu dengan baik.

Malah gandingan lakonan antara Shiha bersama Zizan Razak juga seperti memiliki keserasian yang sangat bagus.




Selain Shiha dan Zizan, Hantu Bonceng 2.0 dibintangi oleh Taiyuddin Bakar, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.

Saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda bermula 11 Februari 2021, di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.