Pelakon Izreen Azminda akui tidak malu dilantik menjadi duta produk pembersih wanita.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 32, berkata, dia menggangap pemilihannya sebagai duta sebagai rezeki dan bersedia untuk menerima kritikan daripada orang ramai mengenai keputusannya itu.

"Sebagai seorang wanita, ia merupakan perkara biasa kerana setiap perempuan pasti akan memiliki produk sedimikian.

"Jadi tiada apa yang nak dimalukan kerana sebelum ini ada sahaja artis wanita lain yang pernah menjadi duta kepada produk seperti itu.

"Saya mengambil keputusan untuk menjadi duta produk ini kerana ia mempunyai banyak kebaikan dari segi kebersihan dan kesihatan bila digunakan oleh orang ramai.

"Jadi saya ingin berkongsi dengan wanita lain agar mereka dapat menggunakannya dalam menjaga kebersihan bahagian peribadi masing-masing," katanya kepada Astro Gempak.

Izreen berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem Blok 404 yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi