“Jadi Hantu Pun Kacak!” – Ben Amir Berlakon Cerita Seram, Netizen Tak Sabar

Azwa Rahman
Oktober 11, 2019 08:20 MYT
Pelakon Ben Amir mencuri perhatian netizen apabila berkongsi wajah kacaknya bertukar menjadi hantu menerusi sebuah sedutan telefilem bergenre seram.
Menerusi laman sosial Instagram, Ben memuat naik teaser karya seram berjudul Penaklukan Syaitan itu untuk tatapan umum.
Ben semakin melonjak naik selepas drama lakonannya bersama Mira Filzah berjudul Sweet Dreams mula meletakkan namanya sebaris hero popular tempatan.
Selain lakonan, rambut panjangnya yang dijaga rapi itu turut mencairkan hati para gadis.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak sabar untuk menyaksikan aktor kelahiran program Hero Remaja itu melakonkan naskah seram.
“Wow, nak tengok tapi takut! Hantu pun kacak,” ujar seorang netizen.
“Allahu, tak sabar,” komen seorang netizen.
“Scary gila. Tak tahu macam mana nak tengok telemovie ni,” kata seorang netizen.
“Alamak, takutnya muka dia!” kata seorang netizen lagi.
Malah, ramai yang turut memuji penampilannya yang tetap kacak meskipun berubah menjadi hantu.
Telefilem Penaklukan Syaitan arahan Michael Ang bakal bersiaran pada 19 Oktober ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra (131) dan Citra HD (126)
#pelakon #Pelakon #Telefilem #Seram