,
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

Mya Amri
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.

Tanda penghargaan

Istimewanya lagi, mural itu merupakan satu tanda penghargaan kepada Daerah Kluang, tempat kelahiran adiwira itu dalam versi filem, sekali gus menjadi salah satu tarikan terbaharu buat peminat.
Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, lokasi tersebut dipilih kerana daerah itu memainkan peranan penting dalam penggambaran filem Keluang Man.
“Keluang Man adalah lambang keberanian serta semangat superhero Malaysia, dan mural Keluang Man di Kluang ini adalah penghormatan kepada semua peminat dan komuniti yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

“Kami memilih lokasi Kluang untuk mengabadikan mural kerana Daerah ini memainkan peranan penting dalam penggambaran filem Keluang Man.

“Kami yakin inisiatif ini bukan sahaja akan menarik peminat Keluang Man dari seluruh negara, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk merasa lebih dekat dengan filem dan watak adiwira kebanggaan semua,” jelasnya.

Kolaborasi bersama Wonda Kopi Edisi Kluang

Tidak ketinggalan tin minuman ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ turut diabadikan dalam visual mural tersebut.
Sebagai kolaborasi Keluang Man bersama Wonda Coffee, mural epik Keluang Man turut mempamerkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ kopi ala Kluang pertama yang disajikan dalam pakej RTD, untuk memberi penghormatan kepada budaya kopi Kluang yang dihargai serta rasa asli kopi tempatan Malaysia.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundram berkata Wonda Kopi Edisi Kluang bukan sekadar produk baru tetapi ia adalah satu penghargaan terhadap warisan kaya Kluang.
“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw untuk menyatukan dua jenama ikonik Malaysia, Keluang Man dan Wonda Coffee.

“Kerjasama ini merupakan penghormatan kepada identiti Malaysia, dan kami berhasrat untuk mencipta pengalaman yang bermakna untuk para penonton.

“Keunggulan rasa Tongkat Ali dapat dinikmati dalam edisi khas ini. Ia melambangkan kekuatan dan ketahanan yang diwakili oleh Keluang Man dan pencinta kopi kami.
“Menjadi sebahagian daripada warisan Kluang, hari ini adalah detik yang penting bagi kami, sekaligus mengukuhkan komitmen kami untuk menghormati budaya unik Malaysia melalui karya seni Abdulrashade yang menakjubkan.
“Wonda Kopi Edisi Kluang menangkap keaslian dan hubungan mendalam yang dicari oleh pencinta kopi.
“Kerjasama kami dengan Astro Shaw bukan sahaja menggabungkan seni pembuatan filem dan pembuatan kopi, tetapi juga menceritakan kisah bermakna yang beresonansi dengan rakyat Malaysia di seluruh negara,” ujarnya.

Kluang lokasi utama

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati Wahid menyifatkan pemilihan Kluang sebagai lokasi utama untuk membuat mural Keluang Man oleh Astro Shaw pasti menimbulkan perasaan gembira, bangga dan teruja selain ianya memberi satu reaksi positif untuk projek seperti ini.
“Mural Keluang Man ini merupakan satu pengiktirafan kepada Daerah Kluang yang merupakan daerah yang berada di tengah negeri Johor yang berupaya menjadi tarikan pengunjung datang ke sini.

“Besarlah harapan saya agar dengan adanya graffiti ini, Kluang akan menjadi sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik,” katanya.

Mural gergasi setinggi tiga tingkat

Mural ini juga bakal muncul di dalam filem live-action Keluang Man yang ditunggu ramai.
Sesi pelancaran diadakan di lokasi mural iaitu Laman Pesona, Kluang dan dihadiri oleh barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal dan Shweta Sekhon, selain Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad serta Pengarah Anwari Ashraf.
Turut menyaksikan momen bersejarah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundram, Pegawai Daerah Kluang, Haji Mohd Rafi bin Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati binti Wahid. Kehadiran mereka adalah untuk melengkapkan lukisan mural tersebut.
Mural ini menampilkan visual karakter-karakter utama filem seperti Keluang Man, Shamsir, Ahmad, Inspektor Sahab, Doktor Malini dan Bebe iaitu kucing kesayangan Keluang Man.
Mural setinggi tiga tingkat itu merupakan hasil lakaran artis grafiti terkenal Abdulrashade, dan mengambil 10 hari untuk disiapkan.

BERITA TRENDING: Kehadiran Keluang Man & Pelakon Filem Kahar: Kapla High Council Meriahkan Lagi Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

BERITA TRENDING: CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

Mural ini mendapat sokongan daripada pihak Majlis Perbandaran Kluang yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Daerah Kluang, Johor.
Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Terdahulu, Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee telah melancarkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’. Edisi baharu ini kini boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia.
Jadi, dapatkan sekarang dan nikmati rasa sebenar kopi Kluang yang penuh kelazatan. Cita rasa kita, wira kita.
Untuk maklumat lanjut mengenai Wonda Coffee dan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’, sila layari Facebook dan Instagram.

BERITA TRENDING: Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

BERITA TRENDING: “Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man

Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Fans Screening Johor Filem Baik Punya Ah Long

gempak
12/09/2024
03:58 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!