,
Keluang Man

“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man

Mya Amri
24/08/2024
21:55 MYT
Pelakon utama filem Keluang Man iaitu Nas Muammar Zar sanggup berkorban demi menjayakan karakter dan tanggungjawabnya dalam filem itu.

Korbankan makanan sedap

Membawakan watak sebagai Keluang Man, Nas atau sebelum ini dikenali sebagai Nas-T, 40, berkata dia mengamalkan diet yang ketat bagi mengekalkan berat badan ideal mengikut ukuran sut.

“Saya ‘prep’ untuk filem sudah masuk 10 bulan, sejak saya disahkan untuk watak ini sehinggalah sekarang sebabnya ada ‘costum measurement’.

“Jadi disebabkan itu, saya kena ikut ukuran dan kekalkan berat badan ini sampai selesai promosi filem,” katanya.
Nas ditemui di Majlis Pelancaran Sut Rasmi Keluang Man bertempat Incircle Event Space, baru-baru ini.

Hanya ambil karbohidrat dan protein

Tambah Nas lagi, dia hanya mengambil karbohidrat dan protein sebagai makanan rutin harian.
“Sekarang sudah masuk 10 bulan saya diet, saya tak ambil karbohidrat, saya ambil protein saja dan ia akan berterusan sampai filem ini selesai ditayangkan tahun depan. Inilah pengorbanan saya.

“Pada awalnya agak sukar nak ‘adjust’ tapi bila lama-lama saya sudah terbiasa tidak makan nasi. Jadi sekarang okay saja, sekarang tengok nasi pun tak ada rasa nak makan, rasa pelik sebab sudah 10 bulan tak makan,” ujarnya.

Selain Nas, turut tiga watak utama lain yang membintangi filem ini adalah Shamsir yang dipegang oleh Remy Ishak, Ahmad yang menjadi milik Datuk Rosyam Nor dan Inspektor Sahab yang diberikan kepada Anwar Beg Mughal.
Filem ini diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Filem aksi superhero ikonik Malaysia ini juga sudah memulakan penggambaran pada 4 Mei lalu dan baru sahaja tamat sesi penggambaran dan kini dalam fasa pasca produksi.
Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor.
Keluang Man dijadualkan tayangannya pada 2025.

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Dah Mula Panggil Nas Sebagai Keluang Man

ARTIKEL BERKAITAN:Nas Muammar Zar Gigih Training Demi Keluang Man, Tak Peduli Cedera & Luka-Luka! - "Ada Hari Berdebar Nak Pergi ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Yang Pertikai Ketinggian Tak Sama Keluang Man, Nas Muammar Zar Komen - “Saya Sedar, Diri Tak Tinggi Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Boleh Panggil Nas-T, Tapi Untuk Cetakan Media, Kredit Filem, Saya Mahu Dikenali Sebagai Nas Muammar Zar” - Pelakon Utama Keluang Man

Untuk info, Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com sekarang bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Sinopsis:
Keluang Man memaparkan kisah tentang seorang pesakit psikiatri yang menjadi adiwira bertopeng dalam membenteras jenayah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Keluang Man

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

gempak
11/09/2024
12:25 MYT
Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Keluang Man

Kehadiran Keluang Man & Pelakon Filem Kahar: Kapla High Council Meriahkan Lagi Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

gempak
31/08/2024
05:21 MYT
Tahun ini, bukan sahaja abang Bomba dan JPJ yang menjadi tumpuan netizen namun kehadiran bintang filem Kahar: Kapla High Council dan Keluang Man juga turut menambahkemeriahan buat penonton yang hadir untuk menyaksikan perbarisan itu secara langsung.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.