Laman Utama

Jadi Mangsa ‘Body Shaming’, Shila Amzah Pernah Terfikir Nak Lakukan Prosedur Masuk Belon Dalam Perut - “Tapi Saya Tak Berani Nak Buat Sebab…”

Asyikin Mayudin
27/11/2022
02:55 MYT
Salah seorang bakal juara Gegar Vaganza 9 (GV9) Shila Amzah mengakui dia pernah terfikir untuk mengambil jalan mudah untuk kurus dengan melalui prosedur memasuki belon dalam perut.
Kurang keyakinan diri disebabkan menjadi mangsa ‘body shaming’, Shila bagaimanapun enggan melalui prosedur itu kerana bimbang ia akan memudaratkan peti suaranya.
“Tahu tak kalau telan belon boleh merosakkan peti suara. Saya dah fikir semua risiko semua. Sudah tentu saya ada terfikir untuk lakukan prosedur itu. Sebab saya ada perasaan insecure.
“Tapi saya tak berani nak lakukan sebab kemungkinan untuk masukkan belon itu akan lalu di peti suara. Saya pula jenis suka baca benda yang tak sepatutnya kita lakukan.
“Saya tak pernah jumpa doktor tapi ada buat research sendiri la. Bila orang selalu body shaming kita sehingga buat kita rasa down, macam rasa nak macam untuk buat orang berhenti bercakap.
“Jadi sejujurnya saya da buat research, google, tengok video… bukan la senang tapi saya pilih untuk workout,” kata Shila kepada Gempak.
Berkongsi mengenai aktiviti sihatnya, Shila memberitahu dia mula aktif melakukan senaman di gimnasium, bermain badminton dan menyertai kelas Muay Thai sejak empat bulan lalu.
“Saya dah mula workout sejak empat bulan lalu dan baru sekarang nampak perubahan dari segi metabolisme jadi elok, dan saya pun sangat aktif bersukan… dalam empat kali seminggu juga.
“Dengan sibuk dengan perjalanan dalam GV9 ini. Bila kita ada misi dan visi, kita jadi semangat. Sebab misi pertama saya adalah stamina,” ujarnya.
Sementara itu, Shila berkata semua selebriti mempunyai hak untuk memilih apa yang terbaik untuk badan mereka namun dirinya mahu mengambil jalan yang sihat.
“Itu hak masing-masing… mereka boleh fikir apa yang terbaik untuk mereka. Untuk diri sendiri, saya pun masih muda, saya rasa lebih baik ambil jalan lebih sihat dan aktif,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Pertama Kali Terhentak Macam Ini, Kena Belakang Kepala, Bergegar Otak” - Suami Shila Amzah Perlu Rehat 6 Minggu Selepas Jatuh Main Bola

gempak
23/07/2024
03:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ berkongsi video memperlihatkan kepalanya terhentak ketika jatuh bermain bola sepak.
Hiburan

“Autism Ini Takkan Sembuh, Tapi Apa Yang Kita Boleh Bantu Adalah…” - Shila Amzah

gempak
13/07/2024
01:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah memberitahu individu yang didiagnos menghidap autisme tidak akan sembuh dan menjadi normal seperti orang lain.
Hiburan

Anak Disahkan Autisme Tahap 1, Shila Amzah Kongsi Tanda Awal - “Hati Saya Berdegup Kencang, Hanya Tuhan Tahu”

gempak
26/06/2024
01:55 MYT
Selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan, doktor mengesahkan anak penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais telah didiagnos autisme tahap satu.
Hiburan

Raih Semua A Dalam SPM, Shila Amzah Ucap Tahniah Kepada Adik Ipar - " Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada Adik Ipar Tunggal Saya"

gempak
27/05/2024
06:01 MYT
Penyanyi Shila Amzah berkongsi berita gembira tentang adik iparnya, Alieya yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Hiburan

Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pengsan - "Muka Dia Dah Pucat ..."

gempak
21/05/2024
08:51 MYT
Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Seth Uwais secara tiba-tiba hampir pengsan selepas bermain panas di luar kawasan rumah.