Jadi Perhatian Berpelukan Lepas Balik Umrah, BFF Ruhainies Mohon Maaf
Mya Amri
22/04/2024 03:55 MYT
22/04/2024 03:55 MYT
Pelakon, Ruhainies kembali menjadi perhatian netizen selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.
Menerusi video tular di media sosial, reaksi Ruhainies berpelukan secara spontan bersama rakan baik lelakinya yang menyambut ketibaannya mengundang rasa kurang senang netizen.
Lebih-lebih lagi apabila Ruhainies dan kakaknya, Risteena Munim dilihat masih mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam.
“Maafkan saya, saya yang salah tolonglah,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.
Disebabkan itu juga, video asal yang merakamkan momen tersebut telah pun dipadamkan di akaun TikTok @zaharzbubu7.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Aliff Aziz.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Menerusi video tular di media sosial, reaksi Ruhainies berpelukan secara spontan bersama rakan baik lelakinya yang menyambut ketibaannya mengundang rasa kurang senang netizen.
Lebih-lebih lagi apabila Ruhainies dan kakaknya, Risteena Munim dilihat masih mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam.
Rakan baik lelaki mohon maaf
Bagaimanapun selepas menerima kecaman, rakan baik Ruhainies itu kemudiannya tampil memohon maaf atas tindakan spontan itu.“Maafkan saya, saya yang salah tolonglah,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.
Disebabkan itu juga, video asal yang merakamkan momen tersebut telah pun dipadamkan di akaun TikTok @zaharzbubu7.
BERITA TRENDING: Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Aliff Aziz.Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.