Hiburan
Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.
Malah, Ruhainies yang sedang menunaikan umrah bakal meraikan Aidilfitri di sana.
"Impian jadi kenyataan. Nak Ramadan dan Hari Raya (Aidilfitri) di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang," tulisnya menerusi Instagram Stories.
BERITA TRENDING: Ruhainies Repost Kata-Kata Hikmah Berunsur Islamik Di Instagram Story
PILIHAN PEMBACA: Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Dalam kesempatan sama, Ruhainies turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersakiti dan memaafkan semua individu."Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin dari Madinah. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang saya sakiti, saya juga memaafkan sesiapa juga yang menyakiti.
"Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri di akhir Ramadan ini.
"Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadan ini diterima Allah," tulisnya lagi.
Terdahulu, nama Ruhainies hangat menjadi bualan ramai susulan isu ditangkap khalwat bersama pelakon, Aliff Aziz oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 9 Mac lalu.
BERITA TRENDING: "Kalau Suami Hilang, Cari Rumah Kawan" - Bella Astillah
Must-Watch Video