Hiburan
“Jadi Rumah Kalau Tak Ada Tempat Tidur” - Ini Rupanya Kereta Pertama Aaron Aziz
Pelakon Datuk Aaron Aziz kenangan nostalgik bersama kereta pertamanya sebelum menempa nama sebagai selebriti.
Aaron menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya memberitahu kereta tersebut banyak berjasa kepadanya sejak tahun 2005 lagi.
“Kereta pertama saya. Kereta yang banyak berjasa pada tahun 2005-2008. Naik turun SG-KL selama 3 tahun masa mula berlakon di Malaysia.
“Kalau siapa ingat drama Janji Diana RTM mesti akan ingat kereta ni. Dan dalam kereta tu lah My Diyana @diyanahalik yang dah berjanjj sehidup semati. Insya-Allah. Nama anak saya, Anaqi @danishanaqiaaron dibahagian bonet kereta. Inilah permulaan saya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Aaron juga menyatakan kereta lamanya itu jugalah menjadi tempat pelindung sewaktu dia tiada tempat untuk melelapkan matanya ketika itu.
“Kereta inilah yang menjadi rumah kalau tak ada tempat tidur. Kereta inilah yang menjadi tempat rehat.
“Kereta inilah yang sangkut banjir kat Ampang. Kereta nilah banyak kena saman sebab nak sampai KL awal. Terima kasih ALLAH,” coretnya.
Terdahulu, Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.
Dalam pada itu, saksikan drama lakonan Aaron Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.