Jadi Sado Dalam Masa 6 Minggu, Peminat Puji Penampilan Terbaru Hafizul Kamal

Kamaruddin Razal
April 11, 2018 03:01 MYT
Perubahan bentuk fizikal pelakon Hafizul Kamal menarik perhatian peminat.
Menerusi salah sebuah perkongsian Hafizul di laman Instagram miliknya, selebriti yang dilahirkan menerusi program realiti On-Air itu berkongsi mengenai perubahan bentuk badan yang dialaminya.
"Saya hanya ada enam minggu untuk siapkan badan saya sebelum shooting filem Paskal. Tak hebat mana tapi itu lah enam minggu wei.
"Ini tanggungjawab, takkan badan barai nak bawak nama Paskal. Tak besar pun kalau tgk live sbb anggota sebenar pun badan super lean," tulis Hafizul.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Hafizul yang kelihatan semakin tegap dan sado.
Peminat juga memberikan kredit kepada Hafizul atas kesungguhannya untuk melakukan transformasi bagi menjayakan watak Bintara Muda Imran dalam filem Paskal.
Filem tersebut mengetengahkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Selain Hafizul, Paskal yang sedang menjalani penggambaran ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Isntagram Hafizul
#pelakon #Pelakon #Hafizul Kamal