Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jadi Selebriti Malaysia Pertama Menonton Pertunjukan Fesyen Versace, Neelofa Teruja!

Azwa Rahman
24/02/2020 08:57 MYT
Usahawan berjaya Neelofa mencipta rekod peribadi apabila menjadi selebriti pertama dari Malaysia yang dijemput untuk menghadiri acara pertunjukan fesyen jenama tersohor Versace di Milan Fashion Week.

Menurut Neelofa, sebagai seorang yang menggemari fesyen, dia berasa sangat berbesar hati dan gembira dalam memenuhi jemputan tersebut.

@versace #versacefw20 #mfw

A post shared by Neelofa (@neelofa) on


“Sungguh teruja kerana diberikan peluang buat pertama kali untuk hadir dan menonton pertunjukan fesyen Versace di sini.

“Saya memang menggemari Versace, lebih-lebih lagi untuk koleksi pada kali ini, banyak item yang diperaga di atas pentas boleh saya gayakan dengan hijab,” katanya menerusi satu kenyataan.

Neelofa berada di Milan sejak 21 Februari lalu bagi memenuhi undangan jenama-jenama besar yang mengadakan pertunjukan fesyen di sini.

Selain Versace, Neelofa turut pertama kali menghadiri pertunjukan fesyen jenama mewah Bottega Vaneta.

Terdahulu, Neelofa melakar sejarah tersendiri apabila menghadiri pertunjukan fesyen Prada dan Gucci di Milan.
#Fesyen #Selebriti #Antarabangsa
;