Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Jadi Seorang Ibu, Kita Tak Boleh Stop, Tak Ada MC...”- Fatin Afeefa

Syafiqah Jalal
16/05/2019 05:32 MYT
Pelakon Fatin Afeefa akui tugas sebagai seorang ibu agak berat dan besar.

Malah sebagai ibu tunggal kepada dua orang anak, Fatin memberitahu menjadi ibu ini ibaratnya tiada cuti sakit.

“Nak jadi seorang ibu kita tak boleh stop, tak ada MC, tak ada leave.

“So macam mana nak take a break? Well, time berus gigi pun dah kira macam break time
especially dengan Darlie Double Action.

“Oh, sebelum terlupa, #GengMakMak akan disiarkan di Darlie Malaysia’s YouTube channel. Jangan lupa
tengok tau :) #DarlieDoubleAction,” tulisnya.

Fatin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pelakon Tentang Bulan itu kini muncul dalam drama Geng Mak Mak yang sudah memasuki episod kelima.

Membawa watak sebagai Rose, dia seorang ibu yang sangat aktif dan terlalu mengawal anaknya daripada kotoran.

Saksikan Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my atau di Astro Ria setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.

Geng Mak Mak turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sazzy Falak, Rita Rudaini, Elvina Mohamad dan Nad Zainal.
#pelakon #Anak #Pelakon #Ibu #Fatin Afeefa
;