“Jaga Attitude, Jangan Main Phone, Be On Time" - Hariz Hamdan Nasihat Tak Perlu Sombong Dengan Senior
Mya Amri
21/11/2024 09:55 MYT
21/11/2024 09:55 MYT
Pelakon, Hariz Hamdan menasihatkan amat penting bagi pelakon untuk menitikberatkan soal disiplin dan tingkah laku ketika berada di set penggambaran.
“Sebab bila kita melakonkan sesuatu babak kita lakukan dengan pasangan pelakon kita, ada pengarah, kru dan sebagainya.
“Apa yang saya buat dekat set, paling utama saya tidak main telefon sebab pada saya itu boleh mengganggu dan kedua bila ada pelakon senior, sila tegur,” ujarnya.
Hariz berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media program realiti terbaharu berjudul Maskulin Who’s Your Bro bertempat di Astro Bukit Jalil pada Selasa.
Dalam pada itu, Hariz juga berkata tidak ada salahnya sekiranya pelakon junior menyantuni pelakon senior yang lebih berpengalaman dalam industri.
“Sebab pada saya bukan senang kita nak jumpa pelakon-pelakon senior. Kadang-kadang dekat set penggambaran sahaja kita boleh jumpa.
“Contohnya saya pernah berlakon dengan ramai pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Nabila Huda, Elly Suriaty dan ramai lagi.
“Sebagai seorang pelakon anda harus bersedia sebelum pergi set. Baca baca skrip dan paling utaman jaga kelakuan.
“Tepati masa, dekat set jangan buat hal sendiri sahaja, bergaul dengan orang lain, insya-Allah kalau kita jaga tingkah laku dekat set, orang akan jaga kita,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Hariz menjadi salah seorang komentator bagi rancangan realiti terbaharu, Maskulin: Who’s Your Bro bersama tiga personaliti terkenal yang dipilih iaitu Siti Khadijah, Dr. Say Shazril dan Mat Redho.
Program ini akan bersiaran bermula 29 November depan selama 10 minggu, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Jaga attitude, jangan main phone, fokus kerja
Menurut Hariz, kerjasama yang baik antara pelakon dan pihak produksi penting agar tidak menjejaskan mana-mana pihak atau berlaku sebarang masalah.“Saya juga tahu tentang isu apa yang berlaku sekarang, jika ditanya tentang buli dekat set penggambaran, alhamdulillah saya tak pernah lagi alaminya.
“Mungkin sebab saya terapkan dalam diri saya apabila saya berlakon dekat set saya nak bekerja. Bila kita bekerja sebagai pelakon, itu adalah kerjasama bukannya individu.
“Sebab bila kita melakonkan sesuatu babak kita lakukan dengan pasangan pelakon kita, ada pengarah, kru dan sebagainya.
“Apa yang saya buat dekat set, paling utama saya tidak main telefon sebab pada saya itu boleh mengganggu dan kedua bila ada pelakon senior, sila tegur,” ujarnya.
Hariz berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media program realiti terbaharu berjudul Maskulin Who’s Your Bro bertempat di Astro Bukit Jalil pada Selasa.
Jangan sombong dengan senior
Dalam pada itu, Hariz juga berkata tidak ada salahnya sekiranya pelakon junior menyantuni pelakon senior yang lebih berpengalaman dalam industri.“Sebab pada saya bukan senang kita nak jumpa pelakon-pelakon senior. Kadang-kadang dekat set penggambaran sahaja kita boleh jumpa.
“Contohnya saya pernah berlakon dengan ramai pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Nabila Huda, Elly Suriaty dan ramai lagi.
“Pada saya apabila dapat peluang untuk jumpa mereka, itu merupakan pengalaman sekali seumur hidup jadi apa yang saya kena buat adalah jaga tingkah laku, tegur dan timba ilmu dengan mereka.
“Sebab kebanyakan pelakon senior mereka tidak kedekut ilmu. Setakat ini saya tidak ada pengalaman buruk dekat set penggambaran.
“Sebagai seorang pelakon anda harus bersedia sebelum pergi set. Baca baca skrip dan paling utaman jaga kelakuan.
“Tepati masa, dekat set jangan buat hal sendiri sahaja, bergaul dengan orang lain, insya-Allah kalau kita jaga tingkah laku dekat set, orang akan jaga kita,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Pernah Keluarkan Kenyataan ‘Jilat’, Babak Itu Hanya Sekadar Cium Kaki” - Hariz Hamdan
ARTIKEL BERKAITAN:Hariz Hamdan Dibenci Kerana Farouk, Ada Makcik Siap Marah Lepas Makan - “ Dia Duduk Sebelah, Pandang-Pandang Lepas Tu…”
ARTIKEL BERKAITAN:Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
ARTIKEL BERKAITAN:"Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya
ARTIKEL BERKAITAN:“Setiap Petang Kalau Ada Masa Saya Akan Lari Dalam 5 Atau 6km” - Hariz Hamdan Simpan Hasrat Sertai Larian Marathon