“Jaga Diri Baik-Baik” Nadzmi Adhwa Risau Tinggal Isteri 17 Hari Dalam Pantang

Mya Amri
Julai 14, 2020 09:00 MYT
Pelakon Nadzmi Adhwa akui risau apabila terpaksa berjauhan dengan isterinya, aktres Ardell Aryana kerana tuntutan kerja.
Menurut Adhwa, ini merupakan kali pertama mereka berjauhan dan Ardell pula masih lagi dalam proses berpantang.
Adhwa memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram beserta foto bersama Ardell yang menghantarnya ke tempat kerja.
“Masih dalam pantang jaga diri baik-baik ya sayang. Pertama kali berjauhan, 17 hari pula tu. Dah rindu kamu berdua sangat-sangat,” tulisnya.
Difahamkan menerusi Insta Story miliknya, Adhwa kini terlibat dengan program terbaharu berjudul Dua Dunia.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan Adhwa dipermudahkan.
“Ya Allah semua comel, semoga dipermudahkan urusan korang,” komen @norfarahziela_ela
“Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin,” tulis @mimihazim
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan Ardell selamat melahirkan Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.
#pelakon #Ardell Aryana #Nadzmi Adhwa #Pelakon