Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Jaga Rumah Tangga Kau Sudah!” - Zaquan Adha Bengang Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita Rudaini

Firdaus
24/09/2024 13:57 MYT
Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang dihantar oleh seorang wanita kepadanya menerusi Instagram Story (IG Story).

Netizen Buat Spekulasi

Menerusi posting tersebut, wanita berkenaan menghantar mesej mengaitkan ibu Zaquan dengan anak-anak hasil perkahwinan abangnya, Aidil Zafuan bersama bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Rita Rudaini.

Dakwa wanita itu lagi, tindakan ibu Zaquan yang tidak mahu berjumpa dengan cucu-cucunya telah membuatkan bekas kakak iparnya banyak memendam rasa.

“Mak tak nak tengok cucu dari Rita ke? Kesian Rita banyak memendam rasa.

Semoga ada keajaiban untuk mak awak,” soalnya.

Tidak berdiam diri, bekas penyerang pasukan Negeri Sembilan FC itu tampil menyelar hantaran mesej itu dan meminta wanita tersebut untuk tidak mencampuri urusan orang yang tidak dikenali.

Tambahnya lagi, wanita itu tidak berhak untuk bersuara kerana tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.

“Boleh tak kau tolong hormat hal peribadi orang? Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur.

“Jaga rumah tangga kau sudah. Kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk hal orang. Kalau tak tahu cerita tak payah sedap mulut nak cakap.

“Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda bukan-bukan pasal kau,” getusnya.

BERITA TRENDING: Terima Anugerah Ibu Ikon Malaysia, Netizen Label Rita Rudaini Sebagai Inspirasi

​BERITA TRENDING: “Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

BERITA TRENDING: Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

​BERITA TRENDING: “Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

Sekadar info, abang kepada Zaquan iaitu Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga bersama Rita Rudaini atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar pada 2008 sebelum memilih untuk bercerai pada 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

#Kontroversi #Netizen #Rita Rudaini #Selebriti #Zaquan Adha #Aidil Zafuan