“Saja nak viral cara jahat,” tulis Rita bengang.
Malah, pelakon filem Mami Jarum itu turut mempersoalkan siapakah legenda yang dimaksudkan portal tersebut.
Terdahulu, sebuah portal membuat berita dengan menggunakan tajuk ‘Detik jadi pemisah, anak legenda JDT terkandas di separuh akhir MSSS 2024’.
Untuk info, Airit Rayyan Rizqin tidak berhasil meneruskan perjuangannya dalam acara 100 meter (m) kategori L4 di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024 apabila gagal melayakkan diri di pusingan kelayakan pada Isnin.