Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

JAIS Arah Tangguh Ceramah Ustaz Don

Awani
25/06/2024 21:40 MYT
Semua agensi, masjid, surau, dan musollah di Selangor telah diarah supaya tidak menjemput pendakwah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk mengajar atau memberi apa-apa ceramah berkaitan agama Islam di premis mereka.

BERITA TRENDING: JAIS Tangguhkan Semua Ceramah & Kuliah Ustaz Don?

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata arahan itu dikeluarkan pada 21 Jun lalu, susulan syarahannya disyaki melanggar peruntukan tertentu di bawah Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, Don Daniyal juga disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

"Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS telah memutuskan Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid perlu mengemukakan kenyataan bertulisnya kepada jawatankuasa terhadap beberapa fakta tentang ceramah agama yang dibuat olehnya selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap beliau.


"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor amat berkenan dan menekankan kepada para pemegang tauliah agar umat Islam di Negeri Selangor dapat diberikan kefahaman Islam yang tepat berdasarkan sumber sahih mengikut disiplin ilmu Islam," tambahnya.

Sehubungan itu, JAIS perlu menghentikan perkara seumpama ini dengan segera supaya tidak berleluasa di Negeri Selangor berkaitan apa jua bentuk pandangan-pandangan dan pernyataan tentang hukum-hakam agama Islam yang tidak berasaskan nas dan dalil yang sahih serta di luar pengetahuan umum majoriti umat Islam.

BERITA TRENDING: Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

BERITA TRENDING: Ustaz Don Kongsi Hadis Dhoif Banyak Digunakan Dalam Mazhab Syafie - “Hadis Dhoif Boleh Digunapakai Selama Mana…”

BERITA TRENDING: Ustaz Don Anggap Dakwaan Guna Hadis Dhaif Sebagai Salah Faham - “Saya Maafkan Semua Orang”

Sumber: Awani
#Viral #Ustaz Don #JAIS #Tangguh #Dakwah #Hadis #Ceramah