Laman Utama
Jalaluddin Hassan Dimasukkan Ke Hospital, Tak Dapat Beraksi Minggu Keenam #MEGASPONTAN2023 - “Mohon Doa Daripada Semua Agar…”
Minggu lalu pempengaruh Aya Amiruddin tidak dapat beraksi untuk kumpulannya Srivijanda di pentas Mega Spontan 2023 dan malam ini pula pelakon Datuk Jalaluddin Hassan pula dikhabarkan sertai kumpulannya Campaktakjauh.
Anak kepada Jalaluddin yang dikenal sebagai Zul Qayyum memuat naik foto di TikTok memperlihatkan ayahnya sedang dirawat di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, sejak Khamis.
Dalam masa, dia juga memohon agar orang ramai mendoakan aktor berusia 69 tahun itu kembali sihat semula.
“Maaf semua. Minggu ini Abah (Jalaluddin) saya tidak ada di Mega Spontan. Baru dimasukkan ke hospital.
Mohon doa daripada semua agar Abah sihat semula dan cepat sembuh. Insya-Allah lepas sembuh, jumpa di Mega Spontan. Terima kasih,” kongsi anaknya.
Pihak produksi Mega Spontan memaklumkan kepada Gempak bahawa isteri Jalaluddin turut mengesahkan suaminya ditahan wad atas sebab masalah kesihatan.
“Datuk Jalal dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan dan sedang menerima rawatan. Harapnya semua doakan yang terbaik kepada team Campaktakjauh,” katanya kepada Gempak.
Kesemua ahli kumpulan Manjakelat, Srivijanda dan Champaktakjauh menarik nafas legas apabila tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu kelima Mega Spontan 2023.
Namun, untuk kali yang kelima, kumpulan Srivijanda sekali lagi diumumkan sebagai pemenang bagi minggu ini, dengan mengungguli tangga tertinggi menerusi markah sebanyak 35.29 peratus.
Pada malam berkenaan, kumpulan Manjakelat yang menduduki tempat kedua menerima markah sebanyak 32.95 peratus manakala Champaktakjauh pula di posisi ketiga dengan markah 31.77.
Sungguhpun Champaktakjauh menduduki tempat terakhir dan sepatutnya dimasukkan dalam Bilik Mega Merenjis, namun, kumpulan berkenaan menggunakan imuniti.
Secara automatik, kumpulan Manjakelat menjalani hukuman disiram cecair hijau dan ulat.
Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.
Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Manjakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Champaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.
Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.
Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahupun kumpulan.
Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan fleksibel, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Must-Watch Video