Kesemua ahli kumpulan Manjakelat, Srivijanda dan Champaktakjauh menarik nafas legas apabila tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu keenam Mega Spontan 2023.

Namun, untuk kali yang kelima, kumpulan Srivijanda sekali lagi diumumkan sebagai pemenang bagi minggu ini, dengan mengungguli tangga tertinggi menerusi markah sebanyak 35.29 peratus.

Ropie mewakili Srivijanda berkata, dia dan kumpulannya berasa bersyukur kerana sekali lagi dinobatkan sebagai juara mingguan bagi program berkenaan.

BACA: #MEGASPONTAN2023 : Langkataksuka Terima Kekalahan, Anggap Bukan Rezeki Punca Tersingkir - “Mungkin Dari Segi Pemarkahan Itu Kami Agak…”

“Alhamdulillah. Sejujurnya, tiada rahsia untuk capai kemenangan sebanyak lima kali berturut-turut.

“Tapi apa yang penting adalah kita tahu permainan yang diutarakan dan faham situasi, insya-Allah kita boleh buat,” katanya kepada Gempak.

Ropie menambah, selain memberi fokus kepada pertandingan, kumpulannya juga turut mengambil peluang menamakan ahli yang sesuai untuk setiap permainan.

“Apa kita dapat (permainan) kita fokus. Kadang-kadang nervous juga. Cuma, kali ini kelebihannya kita dapat pilih ahli kumpulan yang kita nak hantar untuk setiap pusingan. Jadi, kita berbincang dahulu sebelum rakan-rakan mewakili kumpulan,” ujarnya.

Pada malam berkenaan, kumpulan Manjakelat yang menduduki tempat kedua menerima markah sebanyak 32.95 peratus manakala Champaktakjauh pula di posisi ketiga dengan markah 31.77.

Sungguhpun Champaktakjauh menduduki tempat terakhir dan sepatutnya dimasukkan dalam Bilik Mega Merenjis, namun, kumpulan berkenaan menggunakan imuniti.

Secara automatik, kumpulan Manjakelat menjalani hukuman disiram cecair hijau dan ulat.

Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Manjakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Champaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.

Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahupun kumpulan.

BACA: #MEGASPONTAN2023 : Zizan Razak Layak Jadi Mentor, Adlin Aman Ramlie Letak Diri Sebagai Peserta ‘Junior’ - “Walaupun Saya Dah Kira Otai Tapi…”

Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan fleksibel, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.