,
Laman Utama

"Jalan Cerita Best, Animation Tip Top!" - Ramai Puji Didi & Friends Tak Cliche, Orang Dewasa Pun Mengekek Gelak

Shahrin Zulkifle
05/03/2023
05:00 MYT

Filem animasi popular Didi & Friends yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh seluruh Malaysia terus mendapat sambutan baik daripada penonton.

Rata-rata penonton yang sudah menyaksikan filem tersebut memberikan respon baik selain memuji jalan ceritanya yang menarik dan tidak bosan.

Menerusi tinjauan Gempak di laman sosial, mereka yang sudah menonton filem Didi & Friends di pawagam berkongsi rasa gembira dan berpuas hati.

Malah ada juga dalam kalangan penonton yang berkata mereka memperoleh banyak nilai pengajaran selepas menyaksikan filem berkenaan.

“Jalan cerita best, animation tip top, superb magic arrangement. Filem ini patut ditonton sebab banyak pengajaran. Jalan cerita langsung tak cliche dan banyak juga part yang kelakar buat semua orang gelak,” kata seorang wargamaya.

“Didi & Friends bukan untuk budak-budak sahaja, tapi untuk kita yang dewasa ni pun enjoy tengok,” ujar seorang warganet.

“Ini bukan filem Didi & Friends yang common macam sebelum ini, filem ini memang lain sebab banyak nilai murni yang diterapkan. Mantap betul jalan ceritanya,” kata seorang netizen.

Terdahulu, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) itu turut berkongsi berita gembira apabila berjaya mengutip kutipan sebanyak RM3 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

BACA: Didi & Friends The Movie Berjaya Kutip RM3 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

Sinopsis:

Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan- rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit.

Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.

Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini di pawagam- pawagam berhampiran hari ini!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Hiburan

Filem Sepet Kembali Ditayangkan Di Pawagam Selepas 20 Tahun

gempak
27/08/2024
12:55 MYT
Dalam sambutan ulang tahunnya yang ke-20, karya agung Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Sepet kembali nostalgia ke layar GSC untuk masa yang terhad.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.