Laman Utama
"Jalan Singkat Itu Bahaya!" - Liyana Jasmay Kongsi Tips Turun Berat Badan
Pelakon Liyana Jasmay berkongsi rasa gembira mengalami penurunan berat badan seperti yang diinginkannya.
Menurut Liyana, dia telah berusaha mengawal dietnya dengan tidak mengambil karbohidrat dan gula.
"Selepas 23 hari diet No Carbs No Sugar, goal saya 49 kilogram, saya sangat gembira sebab lagi 0.3 kilogram sahaja goal nak sampai! Dari 53 kilogram kepada ini," kongsi Liyana di Instagram.
Menerusi perkongsian sama, Liyana turut memuat naik foto menunjukkan berat badan terkininya iaitu 49.3 kilogram.
Dalam pada itu, Liyana turut mengatakan dia tidak mengambil sebarang pil atau suplemen sepanjang tempoh diet tersebut.
"Saya tak ambil sebarang pil atau suplemen langsung, hanya potong karbohidrat dan gula, memang susah pada peringkat permulaan, hari kelima saya gigil dan pening, tapi teruskan juga," tulisnya lagi.
Liyana juga menulis kata-kata semangat kepada mereka di luar sana untuk menurunkan berat badan dengan cara sihat.
"Kenapa saya kongsi perkara ini? Untuk beri semangat kepada anda di luar sana, percayalah bahawa tiada suplemen, pil atau air mampu buat anda kurus.
"Dan tiada jalan singkat, jalan singkat itu berbahaya, kita hanya perlu ada keinginan, azam dan mental yang kuat," tulisnya lagi.
Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian dari para pengikut Liyana di ruangan komen.
Rata-rata mereka tumpang gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Liyana kerana berkongsi tentang perkara tersebut.
Must-Watch Video