Laman Utama

Jalan Tutup Sebab Le Tour De Langkawi, Hattan Tersekat 2 Jam Dalam Kereta - “Siapa Punya Idea Berlumba Tengah Bandar?”

Izwan Isa
11/10/2022
21:50 MYT
Sempena dengan penganjuran Le Tour De Langkawi edisi ke-26, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee ditutup bagi peringkat pertama bagi memberi laluan kepada peserta yang mengambil bahagian dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur semalam.
Menurut penganjur acara berkenaan, Jalan Ampang akan ditutup dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang manakala Jalan P Ramlee pula ditutup bermula 3 petang hingga 5 petang.
Sungguhpun begitu, masih ada dalam kalangan pengguna jalan raya yang tidak sedar tentang penutupan jalan berkenaan.
Penyanyi Datuk Hattan merupakan salah seorang yang terperangkap atas jalan raya disebabkan penutupan berkenaan.
Menerusi kemas kini di Instagram, Hattan berkata, dia tersekat dalam kesesakan jalan raya selama dua jam, walaupun destinasi yang dituju tidaklah terlalu jauh.
“Assalammualaikum apa khabar. Saya dari bulatan Kampung Pandan nak ke bangunan Tabung Haji, tapi dekat dua jam kat sini. Pasal apa? Jalan tutup kerana lumba basikal.
“Kut ya pun nak berlumba kenapa tengah bandar Kuala Lumpur? Kenapa tak cari jalan yang lain? Kalau ada rasa nak terkencing berhenti tepi takut orang ambil gambar pula. Tapi dah tak tahan macam mana?
“Siapa punya idea suruh berlumba tengah bandar ni. Pandai betul orang ni kan?" tutupnya.
Untuk rekod, Le Tour De Langkawi pada kali ini merangkumi laluan sejauh 1,096.9 kilometer yang bermula dengan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur, diikuti Peringkat 2 (Kuala Klawang-Raub), Peringkat 3 (Putrajaya-Genting Highlands), Peringkat 4 (Sabak Bernam-Meru Raya), Peringkat 5 (Kuala Kangsar-Kulim), Peringkat 6 (Georgetown-Alor Setar), Peringkat 7 (Kuah-Gunung Raya) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Loop Langkawi).
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

M Nasir, Hattan Teruja Kongsi Pentas Untuk Konsert Sifu Dan Aku!

gempak
19/12/2023
10:55 MYT
Konsert Sifu Dan Aku di Sabah International Convention Center (SICC) pada 3 Februari 2024.
Laman Utama

Ada Yang Ugut Nak Bunuh, Santau Hattan Sekeluarga

gempak
01/05/2023
08:50 MYT
Astaghfirullah!
Laman Utama

"Wartawan Ada Kelas Tersendiri"- Iqbal Tak Setuju Pembaca Berita Dimalukan

gempak
30/04/2023
06:39 MYT
Iqbal Tak Setuju Hattan Malukan Pembaca Berita
Laman Utama

Gabungan Dua Nama Besar, M Nasir & Hattan Bakal Beraksi Di Konsert Sifu & Aku 38

gempak
01/03/2023
05:55 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

[VIDEO] "Lepas Bawa Hattan Naik Motosikal Pusing Bendang, Perasaan Risau Hilang" - Ahirine Ahirudin

gempak
27/07/2022
04:15 MYT
Ahirine perlu lakonkan babak romantik bersama Datuk Hattan.