Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah akui tidak kisah sekiranya dua orang anaknya iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dikritik oleh juri tetap, Mas Idayu.

Jamal, 63, yang hadir memberikan sokongan kepada anaknya di pentas akhir sebuah acara nyanyian terdahulu telah disoal oleh Mas Idayu.

“Datuk Jamal awak marah tak saya tegur dan kritik anak anak awak?” soal Mas Idayu sebelum dibalas Jamal dengan mengangkat tangannya dan menunjukan simbol ‘ok’.

Dalam pada itu, Mas Idayu turut memuji persembahan Zaki dan Yamani yang membawakan lagu Potret nyanyian asal Akim & Majistret dan Pelukan Angkasa nyanyian asal Shila Amzah ft SOG.

“Awak berdua sangat bagus, ada perkembangan, saya suka progress yang kamu berdua berikan,” tambahnya.

Selain Zaki dan Yamani, antara pasangan duo yang berjaya melangkah ke pentas akhir program nyanyian tersebut ialah pasangan Ayda Jebat dan Fyna Jebat, Wani Kayrie dan Bella Astillah serta Sissy Iman dan Naim Daniel.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.