Seorang ibu tunggal menghabiskan lebih £20,000 (RM109,000) untuk mengubah dirinya menjadi patung Barbie hidup.

Rachel Evans, 46, dari London, begitu taasub dengan permainan kanak-kanak itu dan mengubah imejnya sepenuhnya menerusi pembedahan plastik dalam usaha mencapai impiannya supaya kelihatan seperti anak patung popular itu.

Sejak 11 tahun lalu, Rachel menjalani pelbagai pembedahan termasuk membentuk pipi, rahang dan hidung, selain membesarkan payu dara.

Malah dia menjalani pembedahan untuk memastikan bibirnya sentiasa mengukir senyuman, tidak ubah seperti patung Barbie.

“Saya rasa seperti Barbie, berfikir seperti Barbie dan saya memang Barbie. Saya percaya Barbie dan saya orang yang sama. Saya sebenarnya hidup,” katanya.





Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: DailyMail