Pelakon berbakat besar Nadhir Nasar mencuri perhatian wargamaya apabila menulis satu catatan seolah-olah berbunyi sindiran.

Menerusi platform Twitter, Nadhir meluahkan catatan berbentuk ciapan itu untuk tatapan umum.

“Relax, jangan acah rockstar sangat, kau bukan Billie Joe,” tulisnya.


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengaitkan luahan pelakon drama bersiri I-Tanggang itu dengan kontroversi melanda seorang vokalis kumpulan yang didakwa meludah ketika mengadakan konsert.

“Tak takut kena ludah ke? Aippppp,” komen seorang wargamaya.

“Dia yang buat concert, kau yang panas. Biar je lah dia dengan concert dia, tak kacau orang pun,” ujar seorang wargamaya.

“Alamak Nadhir dah pandai perli orang,” tulis seorang wargamaya.

“Jangan masuk campur Nadhir nanti ko buat hal orang bahan balik hahaha,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima hampir 7,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Awal minggu ini, tular sebuah video menunjukkan seorang penyanyi berumur 37 tahun dilihat meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di hadapan ratusan penonton.