“Jangan Ada Busuk Hati…” - Ibu Ameera Khan Titip Pesanan, Berhenti Menilai Orang Supaya Elak Penyakit Hati
Oleh itu, dia sempat berpesan kepada orang ramai untuk menjaga hati daripada sifat-sifat negatif seperti iri hati, dengki, atau perasaan tidak baik terhadap orang lain.
“Lagi satu, sebenarnya ada orang yang sengaja bertanya soalan tertentu hanya untuk menyindir kita.
“Namun, akhirnya mereka mungkin mendapat jodoh yang lebih buruk 100 kali ganda kerana niat mereka tidak betul.
“Sebab itulah, jangan ada penyakit hati, jangan ada busuk hati. Dalam kehidupan ini, Allah boleh mengubah keadaan kita dalam sekelip mata; yang baik boleh menjadi jahat, dan yang jahat boleh menjadi baik,” katanya menerusi video di TikTok.
Tambahnya lagi, pengalaman hidup selama ini telah memberikan banyak pengajaran, khususnya mengenai sikap manusia yang suka menjatuhkan hukum terhadap sesama.
Baginya, hanya Allah S.W.T sahaja yang layak menilai setiap hamba-Nya malah dia juga menasihati agar sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan.
“Saya sudah hidup 58 tahun, dan saya telah melihat pelbagai pengalaman hidup.
“Sebab itulah orang kata, jangan menilai orang lain kerana hanya Allah sahaja yang boleh menghukum manusia.
“Kita tak mahu ada prasangka buruk kerana itu hanya merosakkan hati. Sebaliknya, kita perlu selalu memikirkan perkara yang positif.
“Kalau kita sentiasa berfikiran positif, hidup kita akan menjadi lebih tenang dan gembira,” jelasnya.