,
Hiburan

"Jangan Ada Yang Berfikiran Cetek Macam Saya Untuk .." - Nadya Syahera

Zulaikha Yusof
19/12/2019
04:07 MYT
Pelakon Nadya Syahera akui tindakannya salah apabila melakukan rawatan sulam bedak.
Jelas Nadya dia terima apabila segelintir netizen mengatakan dirinya tidak bersyukur dengan kecantikkan yang telah dikurniakan.
"Saya faham kenapa netizen kata saya tidak bersyukur dengan keadaan kulit muka yang tidak mempunyai masalah sebelum ini.
"Saya tidak marah cuma itulah bila perasaan ingin lebih cantik tu wujud. Sampaikan suami saya sendiri pun tegur.
"Saya akui tindakan melakukan rawatan sulam bedak itu salah. Apa yang berlaku berpunca daripada saya yang tidak melakukan sebarang selidik terlebih dahulu.
"Saya betul-betul fobia dan serik dengan apa yang jadi. Sehinggakan sekarang ini nak buat rawatan biasa untuk baiki semula kulit pun saya dah takut," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu berpesan supaya mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pakar sebelum melakukan sebarang rawatan.
"Sebab utama saya kongsikan di Instagram adalah untuk memberi peringatan kepada semua orang.
"Jangan ada yang berfikiran cetek macam saya untuk nampak cantik dalam kadar segera.
"Sebelum nak buat rawatan, tolong kaji terlebih dahulu, banyakkan membaca ataupun dapatkan rujukan doktor.
"Tapi kalau untuk sulam bedak saya nasihatkan jangan buat. Saya dah jumpa dengan pakar kulit, mereka sendiri larang untuk kita melakukannya. Banyak keburukan daripada kebaikan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

gempak
07/09/2024
05:55 MYT
Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.