"Jangan Ada Yang Dok Merepek..Cakap Benda Bukan-Bukan" -  Izreen Azminda Akan Padam Komen Negatif Di Instagram

ZULHILMI JALIL
April 7, 2020 06:35 MYT
Pelakon Izreen Azminda mengingatkan pengguna laman sosial agar tidak meninggalkan sebarang komen berunsur negatif di akaun Instagram miliknya.
Menurut Izreen, 35, dia tidak teragak-agak untuk memadam segala komen netizen yang boleh menimbulkan rasa kurang senang terhadap dirinya dan pengguna lain.
"Nak pesan awal-awal, jangan ada yang dok merepek tau. Jangan cakap benda yang bukan-bukan, benda-benda negatif. Mengata orang tu, mengata orang ni, petik orang tu, petik orang ni.
"Perli orang tu, perli orang ni. Kalau rasa nak negatif, pergi kat Instagram orang yang memang suka baca benda-benda yang berunsur negatif ni...kat Instagram kami, kami terus padam ya," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Katanya lagi, dia tidak mahu akaun media sosialnya itu menjadi medan untuk netizen untuk berkongsi perkara-perkara berunsur negatif.
"Tak syok dok tengok bertelagah sesama sendiri. Kami tak mahu benda-benda tak elok tu semua. Beria sangat pun bukannya duit bergolek mari kat ampa pun.
"Kalau boleh buat duit, kamu pun nak mengata orang kat Instagram. Bila kita cakap baik-baik, yang baik-baik juga datang kepada kita," katanya.
Terdahulu, Izreen bertindak membuka ruangan komen di Instagram selepas bertahun menutup fungsi tersebut kepada umum.
BACA: “Past Is Past, Semua Orang Buat Silap..”- Kembali Buka Ruangan Komen IG, Izreen Azminda Balas Satu Persatu
Izreen bertindak menutup ruangan komen selepas perkahwinannya bersama pemuzik, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhamad Radzi Abdul Wahid, 31, pada 2017 mencetuskan kontroversi.
Apapun, jangan lupa saksikan drama lakonan Izreen Azminda di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#pelakon #Izreen Azminda #Instagram #Pelakon