Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Jangan Bagi Aku Iklan Bingai" - Elly Mazlein Sakit Hati Suruh Promote Video Goyang Buah Dada

Amri Hassan
09/10/2021 13:46 MYT
Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein kecewa apabila diminta untuk mempromosikan iklan berbaur lucah di laman sosialnya.

Tegas Elly, dia tidak sanggup untuk menggadaikan maruahnya untuk memuatnaik paparan sedemikian demi mendapatkan wang.

"Ini nak cakap sikit. Sakit betul hati aku. Sesiapa yang nak menjual produk, juallah betul-betul.

"Pemasaran elok-eloklah sikit. Ini bagi aku video goyang-goyang buah dada. Wanita bertudung joget-joget bergegar-gegar apa benda ini?

"Maruah pergi mana? Tidak tahu malu ke? Jangan bagi aku iklan bingai macam ini ya. Malu dekat diri sendiri," tegasnya menerusi hantaran di Instagram Stories.



Terdahulu, beberapa selebriti tempatan sanggup berkongsi iklan mempromosikan produk sensual hingga mengundang rasa jelik dalam kalangan peminat.

Pun begitu, mereka menegaskan tujuan iklan berbentuk reviu sedemikian sebahagian daripada punca pendapatan dan ada juga yang disalurkan kemudiannya untuk tujuan kebajikan.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#Elly Mazlein #pelakon #Penyanyi #Viral #Iklan #Pengacara #Kak Lina Pom Pom #Reviu #Lucah