Bekas anggota kumpulan EXO, Kris menafikan dakwaan bercinta dengan pelakon China, Coulee Nazha.

Kris menafikan spekulasi itu menerusi satu kenyataan melalui wakil agensinya di akaun sosial rasmi mereka baru-baru ini.

“Jangan buang masa, orang ramai hanya bazirkan waktu mereka dengan hal yang mengarut dan tidak berfaedah,” kata wakil berkenaan.

Selain Kris, Coulee Nazha juga turut menafikan hubungan mereka.

Gosip cinta antara Kris dan Coulee timbul selepas berita mengenai hubungan wanita itu dengan kekasihnya, Zhang Han berakhir.

Foto: Google

Sumber: Soompi