“Jangan Cakap Bukan-Bukan Tentang Isteri Saya, Dia Buat Kerja…” – Shuk Pertahan Isteri
Fiza Kamarudin
31/01/2021 11:12 MYT
31/01/2021 11:12 MYT
Pelawak Shuk Sahar memohon wargamaya menghentikan kecaman terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera hanya kerana dia membuat review berbayar di laman sosial Instagram.
Shuk mengakui walaupun Sera membuat review berbayar ketika kontroversi rumah tangga mereka sedang hangat diperkatakan, namun apa yang berlaku adalah masalah peribadi dan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan pekerjaan dilakukan isteri.
“Masalah rumah tangga dan kerja tidak sepatutnya dicampur adukkan. Isteri saya ada hak untuk meneruskan kerja-kerja yang dilakukan.
“Wargamaya tidak sepatutnya menyalahkan isteri saya kerana dia bekerja. Dia menjalankan amanah dan tanggung jawab diberikan untuk semua paid review tersebut.
“Saya merayu agar berhenti cakap dan menuduh isteri saya bukan-bukan,” katanya.
[[BACA: Saya Minta Maaf Banyak 'Gila' Buat Review, Tapi Kehidupan Perlu Diteruskan" - Isteri Shuk]]
Bagaimanapun Shuk ketika dihubungi Gempak enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi melibatkan dirinya dan Sera termasuk status terkini mereka, suami isteri.
“Kalau boleh saya tidak mahu lagi bercakap tentang perkara yang sudah lepas. Saya hanya pandang ke hadapan dan fokus dengan rumah tangga, isteri dan anak-anak kami.
“Status terkini kami, hanya ucapan terima kasih mampu saya ucapkan di atas doa-doa kalian yang mahu melihat rumah tangga kami kembali pulih.
“Kepada yang mengeji dan menghina saya juga…Terima kasih buat kalian,” katanya positif.
Terdahulu, Shuk telah memuat naik sepotong video bertemu anak-anaknyaNur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun untuk melepas rindu.
Menerusi hantaran tersebut Shuk mengucapkan rasa syukur kerana dapat berjumpa anak-anak dan mengakui sangat merindui keluarganya.
“Harini dapat jumpa anak-anak sekali lagi guys..Nanti lepas PKP kita pergi jalan-jalan tau..Sekarang ni tak dapat nak jalan-jalan sebab PKP.
“Sebenarnya rindu sangat kat keluarga dan anak-anak saya ni. Bila dapat jumpa macam ni pun dah ok sebenarnya..Harap korang dapat doakan kebahagian kami dan semoga semuanya kekal sampai ke syurga,” tulisnya.