Laman Utama

“Saya Minta Maaf Banyak ‘Gila’ Buat Review, Tapi Kehidupan Perlu Diteruskan” – Isteri Shuk

gempak
Fiza Kamarudin
31/01/2021
04:17 MYT
Sponsor Banner
“Saya Minta Maaf Banyak ‘Gila’ Buat Review, Tapi Kehidupan Perlu Diteruskan” – Isteri Shuk
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, memohon maaf kepada pengikut di Instagram (IG) dan wargamaya kerana masih aktif membuat reviu di laman sosial terbabit meskipun kontroversi rumah tangganya dan suami belum berakhir.
Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah memohon maaf selepas tindakannya itu (membuat review produk) menjadi pertikaian segelintir wargawaya, baru-baru ini.
“Saya nak minta maaf sebab akhir-akhir ni banyak saya buat review. Tapi seperti yang ‘korang’ tahu saya kena teruskan lagi kehidupan saya.
"Saya akan tetap kena cari makan, cari rezeki untuk saya, untuk anak-anak apa semua," katanya.
Terdahulu, Sera pernah memberi reaksi di ruangan IG Story kerana ada wargamaya yang memerlinya selepas memuat naik beberapa iklan (paid review) di insta story dan instagram feed.
“Ya memang hidup ini teruk tetapi aku tidak menolak rezeki. Sekurang-kurangnya aku mencari rezeki hala, bukan meminta duit orang, mengikis duit keluarga orang. Sekian terima kasih,” tulisnya. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut meminta Sera tidak mempedulikan komen negatif dan memuji tindakan isteri Shuk itu kerana tidak meratapi perkara yang sudah berlalu.
Mereka turut memuji Sera yang berdikari mencari rezeki buat dirinya dan terus kuat demi anak-anak.
Baru-baru ini, Sera mendakwa suaminya Shuk kembali curang dan membuat pendedahan di media sosial (IG) sehingga ia menjadi tular.
Menerusi perkongsian tersebut Sera mendedahkan Shuk masih mempunyai hubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.
Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024