Hiburan
“Jangan Degil, Fikirlah Orang Tua Di Rumah,” -Mark Adam Kecewa Sikap Abaikan Perintah Kawalan Pergerakan
Penyanyi Mark Adam meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir masyarakat memandang remeh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Mark meluahkan rasa kecewa menerusi posting di akaun Instagram miliknya semalam.
Menurut Mark, pada saat getir begini mereka seharusnya bersatu padu menentang wabak COVID-19 dan tidak seharusnya mempunyai sikap mementingkan diri sendiri.
“Situasi sekarang ni sangat bahaya, tapi yang paling bahaya sekarang ini adalah perangai yang sangat DEGIL.
“Jangan lah DEGIL, fikir orang-orang lain lagi-lagi orang-orang tua kita kat rumah. Ikutlah apa yang patut kita buat supaya boleh kurangkan atau tahan penyakit ni berpindah-pindah,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan teguran Mark.
“Setuju! Tolonglah duduk dirumah! Janganlah pentingkan diri sangat,” komen @_farahdyba
“Ya betul tu, rakyat Malaysia ni masih ramai yang degil-degil,” tulis @hanawatiey.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Must-Watch Video