Berita
"Jangan Demand Sampai Gaji Orang Lain Ciput Pasal Nak...." - Noorkhiriah
Pelakon Noorkhiriah mengakui bukan mudah untuk kekalkan nama sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah berkongsi beberapa tips kepada orang ramai yang menyimpan hasrat untuk bergelar seorang pelakon.
"Nah tips. Baca jangan malas. Sesiapa nak jadi pelakon buat betul-betul jangan memain. Jangan demand sampai gaji orang lain ciput pasai nak bayar kau tinggi, time orang nak buat duit betul-betul, keja sunguh-sungguh, hormat call time, zakat jangan lupa bayar.
"Bagi mak pak, korang tengok rezeki yang masuk macam ayor mengalir je. Lepas tu doa jangan putus. Dah doa mestilah solatkan dan jangan wat naya caras-mencaras job tak elok.
"Rezeki kita Allah dah tetapkan dan cuba usaha sendiri sebab kadang-kadang mengharapkan orang tak ke mana. Sesiapa nak jadi artis bukan retis mental fizikal kena kuat jangan letop takat satu drama lepas itu hilang.
"Buat betul-betul, biar lambat asal bertahan. Tak femes sangat pun tak apa tapi bila dah tak ada orang ingt. ooooo . Dulu dia ni bla bla blaaaa lepastu kalau orang ingat Al Fatihah akan disedekahkan. Kalau orang lupa, maafkan saja. Melayukan mudah lupa," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Noorkhiriah dan mereka turut mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.
"@azmawiyah1706: Yang penting usaha dan keja keras tu halal."
"@azzazawari: Orang cantik selalu kena caras. Tak apa Allah no sleep. Sob sob sob. Aku sedih amat amat g."
"@hashtagsrihartamas:Iya! Calltime PENTING! JANGAN buat orang menunggu. Hormati semua orang dekat set biar pun orang itu hanya sekadar buat air untuk ko. Jangan judge orang dari segi kereta apa dia bawa. Jangan sesekali kali lupa diri. Apa-apa pun aku sayang ko Pah @khiriah17."