Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Jangan Disebabkan Perempuan Karier Mu Jatuh..." - Netizen Sentuh Hal Peribadi di IG Syifa, Ini Komen Balas Safawi Rashid

Badrul Hashim
15/10/2020 08:45 MYT
Tak pasal-pasal entri Instagram Syifa Melvin menjadi tempat berbalas-balas komen antara peminat hanya kerana seorang wargamaya menulis sesuatu yang agak peribadi terhadap pemain bola sepak yang dikatakan bercinta dengan Syifa iaitu Safawi Rasid.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum ? . . . .Lipmatte Acik dari Batin @kekasih_hq Maskara Without Kepit #HijabMata Kekasih ?

A post shared by SM (@syifamelvin) on


Entri yang hanya berkongsikan gambar dan mempromosikan produk sendiri menjadi tempat bertelagah ramai yang marah dengan campur tangan netizen tersebut.

"@safawirasid29 wi, jangan disebabkan perempuan karier mu jatuh. Timba pengalaman selama mungkin di luar negara. Wa sentiasa doakan lu bro," tulis netizen tersebut.

Hal kerja yang dicampur adukkan dengan hal peribadi oleh netizen itu membuatkan Safawi membalas kembali komen tersebut.

"@ratazeem thank you bro support tapi personal hal jangan babitkan. Wa ada otak lagi," balas Safawi.



Ramai wargamaya lain juga kurang bersetuju dengan netizen tersebut yang mencampuri urusan peribadi Safawi. Mereka juga turut sama memberikan pendapat masing-masing.



Safawi Rasid kini berada di Portugal menyertai Portimonense SC, Kelab Liga Premier Portugal.

Baca: “Saya Tak Sabar Nak Beraksi” - Sarung Jersi Nombor 29, Safawi Rasid Diperkenal Secara Rasmi Di Portugal


 
#Safawi Rasid #Syifa Melvin #Komen Netizen