Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Jangan Fikir Seronok, Fikir Tanggungjawab. Jangan Tengok Orang Nikah, Kau Pun Nak Nikah .." - Noorkhiriah

Zulaikha Yusof 15/05/2019 | 06:53 MYT
Pelakon Noorkhiriah menegaskan sebuah perkahwinan yang dibina bukan untuk satu tempoh yang singkat.
Menurut Khiriah kehidupan selepas berkahwin bukanlah seperti fasa bercinta mahupun bertunang.
Luahan ini dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
"Nikah ni bukan untuk sari 2 dik..Kalau boleh sampai mati.
"Masa bercinta lain, masa bertunang lain, masa kahwin lagilah lain dah ada anak lagi lain.
"Jangan berangan nak tidur sedap sampai subuh ke subuh.
"Jangan fikir seronok, fikir tanggungjawab. Jangan tengok orang nikah, ko pun nak nikah.
"Pas nikah terkejut. Rupanya indah khabar dari rupa masatu mulalah pinggan mangkuk terbang sampai luar rumah.
"Jangan buat naya anak orang..Ishhh geram pulak petang-petang ni.
"Lagi 1 nikah tak payah nak gah, keberkatan itu penting," tulisnya.
Rata-rata pengikut Khiriah bersetuju dengan kenyataannya malah berkongsi pengalaman sendiri selepas berkahwin.
Semalam digemparkan mengenai skandal kecurangan pelakon Aliff Aziz dan Mell apabila rakan gadis itu menyebarkan foto mereka dalam keadaan intim ekoran perselisihan faham berkaitan hutang.
BACA: Aliff Aziz Kantoi Curang 'Check In' Dengan Gadis Rempit 17 Tahun Pula?
Ekoran pendedahan itu, isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik kenyataan akan meneruskan hidup bersendirian tanpa melibatkan pelakon itu lagi.
BACA: "Saya Akan Teruskan Hidup Saya Tanpa Aliff!" - Bella Astillah
Kecurangan Aliff itu merupakan kes ketiga dilaporkan media sejak 2017.
Aliff pernah dikaitkan pernah curang bersama dua orang pelakon wanita Afifah Nasir dan Octovia Manrose.
#pelakon #Pelakon #noorkhiriah
;