Hiburan
Jangan Ingat Anda Terlepas! ATM Akan Guna Dron & UAV Pantau Perintah Kawalan Pergerakan
Sebagai langkah lebih proaktif untuk membendung wabak COVID-19, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam memantau Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan.
Menerusi laporan Astro Awani, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dengan industri tempatan bagi meningkatkan jumlah alatan teknologi yang akan diguna pakai.
"Kami akan gunakan teknologi dron dan UAV. Perkara ini telah saya bincangkan dengan industri tempatan. ATM sudah ada teknologi itu tetapi jumlah perlu ditambah.
"Menerusi penggunaan teknologi tersebit, ia akan menambah baik dari sudut pemantauan. Kemungkinan penggunaan dron dan UAV dalam sehari dua ini, boleh kami gunakan," katanya.
Menurut Affendi, ATM komited dalam mencapai objektif Perintah Kawalan Pergerakan, selain bersedia untuk menambah bilangan anggotanya seandainya perlu.
"Kami sedaya upaya melihat bagaimana mahu menambah baik tugas kami ini supaya lebih efektif. Jadi saya ingin nyatakan jika perlu untuk menambah anggota (ATM), kami bersedia untuk melaksanakannya.
"Perkara ini akan dikaji dan dilihat setiap hari (jika ada keperluan meningkatkan anggota ATM). ATM komited dalam melakukan tugas bagi mencapai objektif," katanya.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video