Gegar Vaganza 11
GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama
Pentas Gegar Vaganza musim ke-11(GV11) akan membuka tirainya beberapa hari sahaja lagi.
Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan persembahan pertama peserta GV11 antaranya Ning Baizura, Nai Dinamik, Inka Christie, The Lima, Liza Aziz dan Ronnie Hussien pada Ahad ini.
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
Berikut merupakan senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh 14 peserta GV11 pada minggu pertama:
1. Aurora Salwa - Ahmad
2. Di Saat Aku Mencintaimu - Dadali Dygra
3. Izinkanlah - Fairuz Selamat
4. Keranamu Kekasih - Illa Sabry
5. Rela - Inka Christie
6. Bermula Cerita - Liza Aziz
7. Di Antara Gadis - Nai Dinamik
8. Curiga - Ning Baizura
9. Hey Wale - Reshmonu
10. Harapan - Ronnie Hussien
11. Mungkinkah - Sheila Abdul
12. Separuh Masa - The Lima
13. Sambutlah Kasih - Yazid Lovehunters
14. Semalakam - Zehra Zambri
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Must-Watch Video