Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Jangan Ingat Muka Macam Jessica Alba Tangan Pun Cantik" - 'Kuku Kuning' Faezah Elai Dipuji Netizen

Amri Hassan
10/05/2019 04:02 MYT
Tindakan pelakon Faezah Elai memuat naik sekeping foto menunjukkan kuku jari tangannya kekuning-kuningan mendapat pujian daripada netizen.

Hal itu sebagai bukti biarpun bergaya di luar, Faezah tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai surirumah menyediakan hidangan terbaik buat keluarga.

"Nampak dak.. kunyit ada, garam ada.. ajinamoto ada.. ampa jangan ingat muka macam Jessica Alba tangan pon cantik.. tangan macam nenek kebayan.

"Kalau tangan licin maka tak makanlah anak-anak and laki hakak dik..

"Depa sibuk upload gambaq makanan nak buka posa, nahh hakak boh gambaq tangan baru rare..

"Ayaq tangan baru lepaih masak nak bukak posa.. hakak tak reti nak amik video sambil masak takut telepon jatuh dalam kuali jenuh menangis tepi bucu dapoq.

"Gambaq makan hakak boh dalam ig story na.. Selamat berbuka," tulisnya menerusi entri terbaharu.

Foto itu juga dihujani komen positif dan menyifatkan Faezah seorang ibu dan isteri yang berdedikasi dan menyayangi keluarga dengan menyediakan hidangan dengan air tangan sendiri.

"Tengok di luar melaram, orang ingat kita masak pun tak reti. Depa tak tahu bertungkus-lumus sampai berleghaih di dapur nak bagi suami dengan anak-anak makan sedap oo," tulis @nilileena1970.

"Baguih... Kuku pendek. Ada yang jenis kuku panjang memasak tu yang tak berapa nak lalu tekak ni," tambah @amiemasturah.

"Tanda perempuan rajin masuk dapur kuku kuning," tulis @mizmemey.
#pelakon #Faezah Elai #Pelakon #Kuku