Hiburan

“Jangan Jadi Hakim, Masing-Masing Ada Tukang Catit Di Bahu” - Pakai Telekung Tapi Berseluar Pendek, Comelnya Anak Ozlynn!

Azwa Rahman
14/04/2020
12:28 MYT
Pelakon Ozlynn Wati mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto anak-anaknya yang comel mengenakan telekung solat.
Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn memohon agar wargamaya tidak menjadi hakim atau penilai terhadap apa sahaja yang mereka lihat.
Apa yang mencuit hati adalah foto anaknya, Cantiq dan Moleiq yang mengenakan telekung menutupi kepala tetapi berseluar pendek menampakkan kakinya.
“Nampak comelkan? Tapi percayalah kadang apa yang kita nampak tak sama seperti apa yang kita sangka. Jadi yang terbaik jangan jadi hakim atau penilai. Relaks dan tenang-tenang je sebab tukang catit dah ada di bahu masing-masing.
“Aku bagi contoh paling senang, gambar ni, jangan slide. Sebab macam tu lah dia. Hmm, degil korang ni. Apa lopong?” tulis Ozlynn sebagai kapsyen.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ozlynn.
Namun, ramai juga yang terhibur dengan aksi Moleiq yang berseluar pendek namun tetap mengenakan telekung.
“Seksinya dua-dua ni! Tapi comel,” puji seorang wargamaya.
“Comelnya! Biar pi la kain kemana pun janji boleh ambil gambar passport macam ni,” kata seorang wargamaya.
“Hahaha kain dah hilang! Tapi takpa tetap comel,” komen seorang wargamaya.
“Slide demi slide aku buka. Bukan apa, comel sangat depa berdua ni. Lagi-lagi yang telekung putih tu, rasa nak gigit pipi!” ujar seorang wargamaya lagi.
Perkongsian Ozlynn itu sehingga kini telah mendapat hampir 33,000 tanda suka daripada wargamaya walaupun baru dua jam dimuat naik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga…” - Pesanan Johan Untuk Anak Sebelum Berangkat Tunai Haji Buat Netizen Sebak

gempak
17/06/2024
06:55 MYT
“Kalau papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik,” Itulah pesanan pengacara dan pelawak Johan untuk anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Viral

Comel! Kucing Ini Terima Ijazah Kehormat Doctor Of Litter-ature

gempak
19/05/2024
06:55 MYT
Vermont State University Castleton Campus menganugerahkan Ijazah Kehormat Doctor Of Litter-ature kepada seekor kucing di kampus berkenaan.
Hiburan

Sebut Nama Khai Bahar, Netizen Terhibur Lihat Telatah Comel Aafiyah!

gempak
13/03/2024
08:00 MYT
Sepotong video yang memaparkan telatah anak beranak penyanyi no 1 negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Aafiyah berjaya mencuri perhatian netizen.
Laman Utama

“Ingat Pelakon Korea Tadi, Comelnya” - Janna Nick Dipuji Makin Cantik, Muka Baby Face

gempak
25/11/2023
01:53 MYT
Sekali pandang, Janna ni macam ada iras Lisa Blackpink pun ya juga.
Laman Utama

Netizen Approved! Ramai Doakan Anna Jobling, Amir Ahnaf Berjodoh - “The Way She Look At Him, Comel!”

gempak
09/11/2023
00:55 MYT
Ramai kata sama cantik sama padan gitu.