Laman Utama
“Jangan Jadikan Ramai Lagi Mangsa Kau” - Bekas Adik Ipar Shila Amzah Kongsi Bukti Kena Pukul Dengan Shafiq
Bekas adik ipar kepada Shila Amzah yang dikenali sebagai Nurul Anis Waheeda sekali lagi membuat pendedahan beserta bukti tentang perangai sebenar adik lelaki penyanyi iaitu iaitu Shafiq.
Menerusi perkongsian di TikTok dengan akaun bernama @keknisbeautyconsultant, terdapat video pendek merangkumi beberapa foto bukti yang mendakwa Shafiq melakukan keganasan terhadap Anis.
“Tolonglah berubah, jangan jadikan ramai lagi mangsa-mangsa kau. Hmm tak lambat tak cepat kau kena ingat kifarah Allah tu apa kau buat dekat orang.
“Pandanglah mak kau, kesian dekat dia, cukuplah apa yang aku dan anak dah lalui dulu. Aku pun keliru sekarang ni.
“Kejap kau baik dengan aku, ingatkan kau dah berubah tetapi aku tertipu,” tulisnya.
undefined
Malah hantaran itu juga turut mendedahkan wanita itu pernah dipukul Shafiq di bahagian muka.
“Kena ingat seorang lelaki haram memukul wajah isteri walaupun ada perselisihan yang teruk, tak kiralah isteri ke wanita ke kau tak boleh sentuh sehingga meninggalkan kesan.
“Aku harap sangat kau tak reka lagi cerita cerita bodoh untuk orang simpati pada kau. Yang tak kenal mungkin akan menuding ke aku.
“Yang kenal aku dan kau dah lama tahu cerita semua. Untuk yang dah kena dengan dia korang kena kuat macam mana aku kuat untuk anak aku,” jelasnya.
Terdahulu, menerusi laporan media, Syafiq mendakwa Shila sebagai individu yang bersikap pura-pura selain pernah berlaku biadap dengan ibunya.