Laman Utama

Bekas Isteri Dedah Perangai Sebenar Adik Shila Amzah - “Dengan Anak Pun Nafkah Kau Culas!”

gempak
Asyikin Mayudin
11/10/2023
14:16 MYT
Sponsor Banner
Bekas Isteri Dedah Perangai Sebenar Adik Shila Amzah - “Dengan Anak Pun Nafkah Kau Culas!”
Bekas adik ipar kepada Shila Amzah yang dikenali sebagai Nurul Anis Waheeda tampil mendedahkan perangai sebenar adik lelaki penyanyi iaitu iaitu Shafiq.
Anis menerusi ruang komen mendedahkan bekas suaminya itu bukan sahaja menharapkan duit kakaknya malah juga culas dalam menjalankan tanggungjawab membayar nafkah anak.
“Kau ni memang melampau eh... kau buat ni semua kau pergi membuka aib diri kau sendiri. Macam-macam dah kakak kau tu tolong kau. Kau ingatlah sikit apa jadi kat kau ni semua KIFARAH atas apa kau dah buat.
“Bukan keluarga kau je tapi anak kau juga… kau ni PLAY VICTIM la Shafiq. Kau anak lelaki sulung patut kau ambil tanggungjawab ketua keluarga tapi macam mana kau nak sara keluarga kalau kau pun kerja mengharapkn duit betina saja hutang sana sini.
“Dengan anak pun nafkah kau culas. Menggigil saja aku ni tau, nak hempuk muka kau. Aku ajak jumpa pun kau kecut! Ni kan kakak kau ajak jumpa pun menyorok dalam rumah. Kau jangan cabar limit orang tau!” tegasnya.
Dalam pada itu, Anis juga mendakwa Shafiq pernah melakukan keganasan bukan saja pada Shila tetapi adik dan ibunya sendiri.
“Dari dulu lagi kau tak pernah berubah. Kalau kau cakap kakak kau kurang ajar dengan mak mungkin dia terlepas, orang dah lama bersabar, dah over limit Shafiq! Kau memang teruk.
“Orang tak tahu kan kau beduk kakak kau, kau beduk adik kau, mak kau, aku dan perempuan lain. Orang akan nampak salah kakak kau sebab dia tu dikenali. Orang kenal tak kau?
“Kau hanyalah play victim. Kau pun bukan betul. Prove me yang kau betul!” ujarnya lagi.
BACA SINI: Dikerah Kerja Seawal Darjah 4, Suami Dedah Shila Tak Pernah Pegang Wang Tunai, Kad Bank & IC Hingga...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024