Skip to main content

Budaya Popular

“Jangan Kacau Bella, Tu Saya Punya” - Syed Saddiq

astrogempak_syed-saddiq-bella-astillah.jpg

Kemesraan antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Syed Saddiq semakin mendapat perhatian ramai. 

 

Advertisement

Terbaharu, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seakan-akan mengiyakan hubungan dengan wanita tersebut. 

PMX usik Syed Saddiq

Menerusi sepotong video yang tular di TikTok, memaparkan perbualan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengusik Syed Saddiq di bangunan Parlimen.

 

@syedsaddiq Cerita di Parlimen hari ini 😆 @Bella Astillah @primavalet ♬ original sound - Syed Saddiq

Perbualan tersebut berlaku ketika Syed Saddiq menyerahkan dua pasang baju raya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

“Tapi Bella kena ada sebelah,” usik Anwar.

 

“Jangan kacau tu saya punya, kasi (bagi) chance (peluang) la Datuk Seri,” balas Syed Saddiq.

 

Interaksi tersebut sekaligus menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mendoakan yang terbaik buat Syed Saddiq dan Bella. 

 

“Dengan ini Bella Astillah milik YB Syed Saddiq ya netizen yang bujang.

 

“Sweetnya, 30 kali aku ulang video ni.

 

“OK gaiss. bukan sekadar marketing,” komen beberapa netizen.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Pun Restu Syed Saddiq Dengan Bella Astillah, Mohon Doa Yang Baik-Baik - “Saya Jarang Nampak Dia Happy Macam Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Manis Sedondon! Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Ke Parlimen, Netizen Pula Usik: “Parlimen Dulu, Baru Ke Pelamin”

Must-Watch Video